Jumat, 20 Agustus 2010

KISAH NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh daripada dua belas putera-puteri Nabi Ya'qub. Ia dengan adiknya yg bernama Benyamin adalah beribukan Rahil, saudara sepupu Nabi Ya'qub. Ia dikurniakan Allah rupa yg bagus, paras tampan dan tubuh yg tegap yg menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Ia adalah anak yg dimanjakan oleh ayahnya, lebih disayang dan dicintai dibandingkan dgn saudara-saudaranya yg lain, terutamanya setelah ditinggalkan iaitu wafatnya ibu kandungnya Rahil semasa ia masih berusia dua belas tahun.

Perlakuan yg diskriminatif dari Nabi Ya'qub terhadap anak-anaknya telah menimbulkan rasa iri-hati dan dengki di antara saudara-saudara Yusuf yg lain, yg merasakan bahawa mereka dianak-tirikan oleh ayahnya yg tidak adil sesama anak, memanjakan Yusuf lebih daripada yg lain.
Rasa jengkel mereka terhadap kepada ayahnya dan iri-hati terhadap Yusuf membangkitkan rasa setia kawan antara saudara-saudara Yusuf, persatuan dan rasa persaudaraan yg akrab di antara mereka.